Selamat Datang ke Blog Saya
semoga bahan yang ada dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada anda

MY LOVELY

Isnin, 11 Julai 2011

Adab belajar mengikut Imam Al-Ghazali

  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan mencium tangan sebagai tanda penghormatan (ikut jantina).
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling ke kiri atau ke kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru masuk atau keluar).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang seribu kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali sehingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan jauhkan dari kemurkaan-Nya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih dari 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Mendoakan guru setiap kali selepas solat lima waktu.

Kisah Mat Punk

Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut...

Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...

Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"

Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..

dan ketika mabuk itulah aku mer#@%$ seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."

Ahad, 10 Julai 2011

LARIAN 1M1S 02 JULAI 2011

Larian 1 murid 1 sukan yang dirasmikan oleh Dato Abu Bakar Taib, Ahli Parlimen Langkawi. Pelancaran diadakan di Komplek Sukan Langkawi pada pukul 7.45 pagi.Semua murid dan guru yang hadir turut berlari bersama-sama. Meriah juga.

tag nombor pada murid....

senam dulu sebelum lari. longgar-longgarkan urat yang tegang-tegang ...


mulakan larian... 1..2..3... priiitt...



cikgu-cikgu pun tidak terkecuali... tapi seronok juga...


dah penat lari, jalan lah pulak...