Selamat Datang ke Blog Saya
semoga bahan yang ada dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada anda

MY LOVELY

Isnin, 11 Julai 2011

Adab belajar mengikut Imam Al-Ghazali

  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan mencium tangan sebagai tanda penghormatan (ikut jantina).
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling ke kiri atau ke kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru masuk atau keluar).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang seribu kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali sehingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaan-Nya dan jauhkan dari kemurkaan-Nya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih dari 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Mendoakan guru setiap kali selepas solat lima waktu.

4 ulasan:

  1. tahniah, terdapat banyak maklumat dalam blog cikgu.

    BalasPadam
  2. hormat murid terhadap guru kian terhakis.Jika dibuat perbandingan murid-murid terdahulu amat hormat dan menyanjungi guru.

    BalasPadam
  3. panduan adab belajar ini amat baik jika boleh didedahkan kepada murid-murid di sekolah.

    BalasPadam
  4. bertuah jadi guru bila baca blog cikgu

    BalasPadam