Selamat Datang ke Blog Saya
semoga bahan yang ada dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada anda

MY LOVELY

Isnin, 13 Jun 2011

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH

PENGENALAN
Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu
Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut:
Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.
Hubungan Interaktif
: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.
Pengulangan:
Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).
Maklum Balas Dan Peneguhan

KERANGKA
Langkah pertama untuk melaksanakan penggunaan komputer secara besar-besaran di dalam bilik darjah telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS) melalui projek pembangunan perisian (Zoraini, 1998). Projek perisian yang digelar
(ComIL) telah dijalankan secara percubaan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara mulai 1992 (Zulkifli & Raja Maznah, 1994).
Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program Komputer Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru mata pelajaran berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan teknologi komputer dalam pendidikan (Zakaria Ahmad, 2003).
Kemantapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat. Justeru itu, satu kajian perlu dijalankan bagi mengetahui tahap penerimaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam kalangan guru-guru. Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah faktor pengetahuan, sikap, personaliti, sifat-sifat inovasi, sokongan organisasi dan faktor-faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar. Kajian ini menggunakan Teori Resapan Inovasi sebagai kerangka teori penyelidikan.
Computer Integrated Learning System
Teori Resapan Inovasi
Teori Resapan Inovasi adalah satu teori yang dipelopori oleh Everett M. Rogers. ''Resapan'' merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial (Rogers, 1983). Secara ringkasnya, teori ini membincangkan dengan mendalam bagaimana sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagai-bagai khalayak sehingga diterima dan diamalkan sepenuhnya oleh masyarakat.
Teori Resapan Inovasi digunakan dalam kajian ini untuk melihat tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan mereka untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta melihat sikap guru terhadap sifat-sifat inovasi komputer.
Zainal (1998) menggunakan Teori Resapan Inovasi dalam bidang pendidikan di Malaysia di mana kajiannya tertumpu kepada pembuatan keputusan oleh guru-guru sama ada menerima atau menolak Projek Sains Nuffield dari United Kingdom ke dalam kurikulum sekolah menengah di Malaysia. Proses Inovasi-Keputusan yang bermula daripada peringkat penerimaan sehingga ke peringkat implementasi telah dikaji dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan telah dikenalpasti. Faktor-faktor tersebut termasuk sikap terhadap sifat-sifat inovasi yang disarankan oleh Rogers.
Cheah Phaik Kin (1999) juga mengaplikasikan Teori Resapan Inovasi dalam kajiannya yang melihat penerimaan Internet dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia. Beliau mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penerimaan Internet dalam kalangan pelajar-pelajar universiti, profil serta sifat pelajar-pelajar yang menerima internet serta melihat sifat-sifat inovasi yang mempengaruhi penerimaan atau penolakan inovasi. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan antara pelajar aliran sains dan sastera tetapi dari segi jantina beliau mendapati lebih ramai pelajar perempuan menerima internet berbanding pelajar lelaki. Selain itu, kajiannya telah membuktikan kepentingan faktor sikap terhadap sifat-sifat inovasi dalam penerimaan sesuatu inovasi. Justeru itu, Cheah Phaik Kin (1999) menyarankan agar kajian beliau dapat dijadikan asas untuk membentuk strategi bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam era teknologi informasi terkini.
Kajian yang hampir sama juga telah dijalankan oleh Jamaludin (1995) yang melihat penerimaan internet oleh pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara dan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaannya. Kajian beliau mendapati internet lebih digunakan oleh pelajar-pelajar luar negara bagi tujuan sosialisasi dan mendapatkan berita dan maklumat tentang agama dan politik tetapi tidak ketara bagi tujuan akademik.
Seterusnya, Teori Resapan Inovasi digunakan oleh Tricia Lim (1999) yang membuat kajian tentang penerimaan komputer peribadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tricia Lim (1999) mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi individu dalam mengambil keputusan sama ada untuk menerima atau menolak penggunaan komputer peribadi serta laggards merupakan kategori penerima yang tertinggi berbanding dengan kategori penerima yang lain. Sifat-sifat penerima yang mempengaruhi pola penerimaan adalah sosio-ekonomi dan sifat kosmopolit. Sifat-sifat inovasi yang mempengaruhi penerimaan pula adalah faedah relatif dari segi menjimatkan masa, meningkatkan keupayaan memperolehi maklumat, lebih pilihan cara mendapatkan maklumat, mengurangkan kos, keselesaan dan mudah menjalankan kerja, kesepadanan, kerumitan dan kebolehcubaan.
H1 :
Terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dan perempuan dari segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
H2 :
Terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori umur dari segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. H3 :
H4
: Terdapat perhubungan yang signifikan antara pengetahuan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
H5 :
Terdapat perhubungan yang signifikan antara sikap dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
H6 :
Terdapat perhubungan yang signifikan antara personaliti dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
H7 :
Terdapat perhubungan yang signifikan antara sokongan organisasi dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
H8 :
Terdapat perhubungan yang signifikan antara faedah relatif dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
H9 :
Terdapat perhubungan yang signifikan antara kesepadanan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
H10 :
Terdapat perhubungan yang signifikan antara ketidakrumitan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
H11 :
Terdapat perhubungan yang signifikan antara kebolehcubaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
H12 :
Terdapat perhubungan yang signifikan antara keteramatan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik berstruktur digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari tiga buah sekolah menengah dalam daerah Timur Laut Pulau Pinang iaitu SMK Datuk Hj. Mohd. Nor Ahmad (Gelugor), SMK Bukit Gambir (Bukit Gambir) dan SMK Abdullah Munshi (Jalan P. Ramlee). Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif.
Daripada 184 borang soal selidik yang diedarkan, sebanyak 166 (90%) borang soal selidik telah dikembalikan. Sebanyak lima borang soal (Statistical Package for the Social Sciences) telah digunakan. Beberapa kaedah seperti statistik deskriptif, statistik crosstab, t-test sampel bebas, Anova satu hala dan korelasi telah digunakan untuk melihat hubungan dan perbezaan antara pembolehubah-pembolehubah.
selidik telah ditolak oleh pengkaji kerana didapati tidak lengkap, menjadikan jumlah sampel sebenar ialah 161. Bagi menganalisis data yang diperolehi daripada responden melalui soal selidik, perisian SPSS
 
Analisis Data Dan Penemuan Kajian

Ciri-ciri Demografi Responden
Hasil kajian berdasarkan Jadual 1 menunjukkan bahawa lebih ramai guru wanita berbanding lelaki, di mana bilangan responden perempuan ialah 109 orang (67.7%) manakala bilangan responden lelaki hanya 52 orang (32.3%).
Taburan kekerapan tertinggi bagi umur adalah bagi kategori 26 hingga 35 tahun iaitu seramai 68 orang (42.2%), diikuti oleh kategori umur antara 36–45 tahun iaitu seramai 56 orang (34.8%) dan kategori umur lebih 45 tahun adalah seramai 28 orang (17.4%). Cuma 9 orang (5.6%) yang berumur kurang dari 26 tahun.
Seterusnya, kaum Melayu mencatatkan taburan kekerapan yang tertinggi iaitu seramai 118 orang (73.3%), diikuti oleh kaum Cina seramai 23 orang (14.3%), kaum India seramai 16 orang (9.9%) dan lain-lain yang terdiri daripada suku kaum Sabah, Sarawak dan India Muslim sebanyak empat orang (2.5%). Dari segi status perkahwinan pula, majoriti responden iaitu 126 orang (78.3%) telah pun mendirikan rumah tangga, manakala 31 orang (19.3%) masih bujang.
Taburan kekerapan bagi mata pelajaran major yang diajar pula menunjukkan responden yang mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris mencatatkan bilangan responden yang sama iaitu masing-masing seramai 23 orang (14.3%), diikuti dengan 22 responden (13.7%) yang mengajar subjek Sains, 19 responden (11.8%) yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan 15 responden (9.3%) yang mengajar subjek Sejarah. Baki 59 responden lagi merupakan mereka yang dikategorikan sebagai mengajar subjek lain-lain seperti subjek Pendidikan Islam, Geografi, Kemahiran Hidup, Ekonomi dan Pendidikan Jasmani.
Terdapat perbezaan yang signifikan antara mata pelajaran major yang diajar dari segi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
melihat sama ada faktor pengetahuan tentang komputer mempengaruhi keputusan individu untuk menerima atau menolak penggunaan komputer. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan prinsip dan pengetahuan kaedah tentang komputer mempengaruhi penerimaan dan pembentukan sikap terhadap komputer peribadi.
Selain itu, Afifah Hamdzah (2005) juga menggunakan Teori Resapan Inovasi dalam kajiannya yang bertajuk ''Pola Penerimaan Komputer Dalam Kalangan Kakitangan Organisasi Awam''. Kajian yang dijalankan dalam kalangan kakitangan teknikal Majlis Perbandaran Kuantan, mendapati kategori `orang yang ketinggalan’ atau
Selain itu, Afifah Hamdzah (2005) juga mendapati beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi penerimaan komputer seperti galakan dari pihak pengurusan, penyediaan kemudahan komputer yang mencukupi dan sokongan daripada rakan sekerja.
Berdasarkan objektif serta faktor yang mempengaruhi kajian ini, beberapa hipotesis telah dibangunkan untuk diuji bagi mendapatkan keputusan kajian yang lengkap. Hipotesis tersebut adalah :
: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.

1 ulasan:

  1. Penggunaan internet tentunya amat bermanfaat terutamanya dalam dunia pendidikan ini.Maklumat dapat diperolehi secara cepat dan berkesan oleh para pelajar.

    BalasPadam