Selamat Datang ke Blog Saya
semoga bahan yang ada dalam blog ini sedikit sebanyak dapat memberi input kepada anda

MY LOVELY

Selasa, 14 Jun 2011

PERANAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Matlamat pendidikan Teknologi Maklumat ( TM ) dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara Kurikulum,Pedagogi dan Pentaksiran. Kurikulum TM digubal dalam konteks pengajaran / pembelajaran bestari dan disokong oleh pentaksiran berasas kriteria.Dalam kata yang lain, pelaksanaan kurikulum teknologi maklumat berasaskan kepada paradigma baru dalam pendidikan (Voogt dan Odenthal, 1997, 1999) yang menekankan kepada pemahaman dan penguasaan proses. Dalam pendekatan ini, pelajar memainkan peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace) pembelajaran masing-masing.Ke arah meguasai pengetahuan dan kemahiran yang ditetapkan, pelajar.
Pentaksiran berasaskan sekolah akan digunakan oleh pelajar untuk membolehkan mereka mengukur tahap penguasaan pengetahuan / kemahiran / sikap mereka berbanding kriteria yang ditetapkan.Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan dengan tujuan untuk membolehkan pelajar memperbaiki pencapaian diri (assessment for better learning).
Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka; daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan.

Integrasi Bahan Kursus CAI dalam bilik darjah 

Antara aspek-aspek mustahak dalam CAI ialah pembangunan bahan kursus, mengintegrasi bahan CAI dengan aktiviti bilik darjah, untuk mendapat sistem komputer, untuk mengedar bahan kursus CAI dan untuk menentukan keberkesanan CAI dalam bilik darjah.
Bagi setiap topik / tajuk dalam CAI telah direka beberapa unit seperti verbal, latih tubi, tutorial, simulasi dan pertanyaan bergantung kepada kumpulan pelajar sasaran. Sebagai tenaga pengajar yang akan menggunakan komputer sebagai medium pengajaran dengan berkesan, seseorang patut tahu tentang kelebihan dan kelemahan sebuah komputer.

Penilaian dan Penyebaran Bahan Kursus
Bahan kursus yang hendak disebarkan kepada para pelajar sasaran hendaklah dinilai dan diuji dari segi kesesuaiannya.Beberapa langkah perlu dilakukan dalam proses penilaiannya.Dalam membuat penilaian ini, terdapat dua elemen yang perlu diberi perhatian iaitu buku panduan guru dan buku kerja pelajar.Kedua-dua elemen ini mengandungi borang penilaian yang akan dijadikan landasan dalam memperkemaskan lagi modul pembelajaran yang dihasilkan.Borang-borang penilaian ini dikembalikan kepada pengarang CAI supaya sebarang pengubahsuaian yang dilakukan adalah mengikut keperluan dan kehendak pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar.

Buku panduan guru 
Buku panduan guru ini perlu mengandungi beberapa maklumat seperti maklumat teknik yang 
sempurna untuk menerangkan bagaimana mengawal pelajaran, strategi-strategi pengajaran untuk 
menggunakan bahan kursus yang sedia ada , aktiviti-aktiviti pembelajaran yang khusus untuk 
diintegrasikan dalam kurikulum serta borang penilaian.

 
Buku kerja pelajar 

Buku kerja pelajar ini mengandungi rajah tertentu yang biasanya agak susah atau tidak dapat dilukis 
dengan menggunakan komputer, maklumat yang mencukupi untuk membantu pelajar mengguna dan 
mengendalikan sesuatu bahan kursus secara teknilal serta borang penilaian.


Sistem Komputer dan Pengurusan 
Isu komputer yang perlu diambilkira dalam melaksanakan sesuatu CAI ialah kos pelaksanaan yang 
merangkumi aspek-aspek seperti bilangan komputer yang diperlukan,bilangan jam yang diperlukan 
oleh setiap pelajar untuk setiap mata pelajaran dalam seminggu, penyenggaraan komputer dan 
keselamatan sistem komputer. 
Pemilihan jenis dan pemiawaian komputer yang bersesuaian untuk CAI juga adalah penting.Sekiranya 
jenis komputer yang dipilih adalah mikrokomputer maka pemiawaiannya perlu diambilkira juga 
contohnya, keperluan minima untuk satu sistem mikrokomputer adalah 640K bait bagi ingatan utama, 
satu pemacu cakera dan satu monitor video yang mampu memaparkan sekurang-kurangnya 1000 
aksara dengan kemudahan grafik. 
Perlaksanaan CAI adalah lebih mudah dilaksanakan dalam bentuk rangkaian kerana ia akan 
menjimatkan kos pelaksanaan.Walaubagaimanapun, masalah utama kepada pelaksanaan dalam 
bentuk rangkaian ialah jika masalah timbul dalam sistem ia akan melibatkan semua komputer dalam 
rangkaian. 

Menggalakkan Penghasilan /Penulisan Bahan Kursus 

Penghasilan sesuatu bahan kursus mengambil masa yang agak panjang kerana ia perlu dihasilkan 
dengan teliti.Pembangun bahan kursus ini perlu meluangkan banyak masa bagi tujuan 
penghasilannya.Oleh itu, adalah lebih baik jika ada penganjur yang dapat memberi galakan kepada 
penglibatan lebih ramai individu dalam penghasilan bahan yang lebih banyak dan lebih bermutu.Antara 
cara yang boleh dilaksanakan ialah dengan membenarkan pembangun bahan kursus memasarkan 
bahan kursus mereka melalui syarikat penerbitan dan mengambilkira bahan ini sebagai kerja 
penyelidikan dan pembangunan yang boleh digunakan sebagai ukuran produktiviti kerja yang 
dilaksanakan. 

Pengajaran Diuruskan Komputer ( Computer Managed Instruction, CMI ) 

Pengajaran Diuruskan Komputer ( CMI ) berperanan membantuproses pengurusan dalam bilik 
darjah.Ia melibatkan interaksi antara pelajar, guru, komputer dan bahan-bahan sumber 
pendidikan yang lain.CMI digunakan dalam membimbing pelajar dalam kurikulum melalui satu haluan 
pembelajaran yang ditetapkan oleh guru, menyimpan rekod-rekod kemajuan pelajar untuk digunakan 
dalam proses penilaian kelak serta untuk menilai keberkesanan sumber-sumber pendidikan.Terdapat 
tiga bidang utama CMI iaitu pengurusan rekod pelajar, pengurusan komunikasi dan pengurusan 
proses pembelajaran. 
Dalam CMI, pelajar biasanya berinteraksi secara terus dengan bahan yang sedia ada dan hanya 
sebahagian daripada masanya pula mereka berinteraksi dengan komputer,Selain itu,beberapa bahan 
lain turut digunakan seperti teks terancang, alat pandang dengar, bahan kursus,buku dan risalah.CMI 
mempunyai kelebihan dimana ia boleh direka untuk menyoal pelajar dalam bentuk kuiz dan ujian 
objektif dalam menilai penguasaan pelajar terhadap subjek.Diantara bahagan yang agak rumit dalam 
pembangunan CMI ialah merekabentuk dan menyenggara sistem CMI.Walaupun tugas ini sukar dan 
memakan masa, ia boleh dilaksanakan menggunakan perisian pemprosesan kata, hamparan 
elektronik dan pangkalan data. 

 Pengurusan Proses Pembelajaran 
Dalam CMI, pelajar akan mendapat tugasan melalui komputer dan membuat aktiviti 
yang dicadangkan melalui komputer atau bahan lain.Kuiz atau ujian pula akan diberikan
setelah selesai tugasantersebut bagi menilai tahap pengusaan pelajar.  
Sistem pengurusan rekod direka khas bagi meringankan tugas rutin guru.Manakala 
sistem pengurusan komunikasi akan memberi kemudahan kepada guru,pelajar dan 
pentadbir saling berhubung antara satu sama lain. 

 Pengurusan Rekod Pelajar 

Pengurusan rekod pelajar diperlukan oleh guru bagi menyimpan rekod pelajar seperti 
markah ujian yang telah diberikan kepada pelajar.Ianya perlu bagi menjana laporan 
kemajuan pelajar untuk guru dan ibu bapa, menyenaraikan objektif yang telah dicapai 
oleh pelajar dalam tempoh tertentu dan rekod kehadiran pelajar.

Penjanaan Tabung Soalan 

CMI memberi kemudahan kepada guru untuk menghasilkan kertas peperiksaan berdasarkan 
tabung soalan yang ada dalam komputer.Kertas peperiksaan yang hendak dihasilkan ini boleh 
diberikan beberapa parameter kepada komputer bagi memilih soalan yang bersesuaian.Diantara 
parameter-parameter yang sering dipilih ialah objektif soalan dan tahap kesusahan soalan.

Komunikasi Mediasi Komputer ( Computer Mediated Communication, CMC ) 

Komunikasi mediasi komputer melibatkan pengajaran dan pembelajaran secara rangkaian atau 
hubungan rangkaian. Contohnya guru atau pelajar menggunakan jalur internet untuk berhubung 
semasa proses pembelajaran berlaku.

Multimedia Berasaskan Komputer ( Computer Based Multimedia, CBM ) 

Sistem-sistem multimedia untuk pendidikan dapat menyampaikan pengajaran secara langsung 
kepada para pelajar melalui cara berinteraksi dengan mata pelajaran yang telah diprogramkan 
menggunakan multimedia ke dalam komputer.  
Multimedia boleh dijadikan salah satu alat bantuan mengajar (ABM) kerana ia membolehkan guru 
mengurus aktiviti pengajarannya secara teratur dan menarik dengan cara memberi persembahan 
yang pelbagai menggunakan program-program multimedia yang senang didapati. 
Contohnya, persembahan pengajaran yang menarik boleh dilakukan menggunakan aplikasi 
multimedia seperti Authoware, Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi 
grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara bijaksana.

Kelebihan Penggunaan Komputer dalam P&P
i)Menyokong pembelajaran kendiri dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat.
ii)Pengintegrasian multi media daripada sumber yang pelbagai.
iii)Keinteraktifan yang membolehkan pembelajaran dapat dijalankan dengan luwes dengan kawalan kendiri.
iv)Memperluaskan capaian dengan pautan kepada sumber yang pelbagai.
v)Cara kerja baru dalam komputer akan membangkitkan motivasi kepada pelajar dalam pembelajaran.
vi)Warna, muzik dan grafik animasi dapat menambahkan kesan realistik dan memerlukan latihan, kegiatan amali, simulasi dan sebagainya.
vii)Tindak balas peribadi yang cepat dalam kegiatan pembelajaran pelajar akan menghasilkan penguatan yang tinggi.
viii)Pengawasan pengajaran daripada guru dapat diperluaskan kerana maklumat senang didapati dan mudah diatur dan ia membantu pengawasan yang lebih terhadap pelajar.

Kelemahan Penggunaan Komputer dalam P&P
i)Kos yang tinggi
ii)Teknologi yang cepat berubah
iii)Literasi komputer masih meluas
iv)Perlu cekap dan bermotivasi untuk berjaya
v)Pengeluaran komputer untuk tujuan pendidikan masih dibelakang jika dibandingkan dengan pengeluaran komputer untuk bidang lain contohnya untuk analisis data.
vi)Program pengajaran pendidikan yang bermutu yang menggunakan kecanggihan komputer masih kurang, terutama yang menggunakan mikrokomputer.
vii)Beban pengajaran guru bertambah kerana terpaksa memahami penggunaan komputer secara terperinci.
viii)Kreativiti mungkin hanya akan difokuskan kepada pengajaran yang dikomputerkan sahaja. Ini akan mengabaikan sikap semulajadi pelajar yang kreatif kerana semua pembelajaran adalah menggunakan program komputer.




 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan